Dr Elektrikal

Mencari Juruelektrik
Di KL/Selangor? Sudah hubungi Dr Elektrikal? Pastinya kami menjadi pilihan pertama apabila anda memerlukan juruelektrik

Kami menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada pelanggan merangkumi perkhidmatan, pencarian dan pembaikan kerosakan, pemasangan dan penyelenggaraan elektrik. Dr Elektrikal akan memberikan mutu kerja yang baik, berpengalaman dan berpengetahuan dalam bidang elektrik. Kami akan memenuhi atau melangkaui jangkaan anda dari segi kebolehpercayaan, kecekapan, dan prestasi.

Mohon Panggilan Semula

Sila lengkapkan borang di bawah

Request Call Form

Kualiti Kerja Melalui Dedikasi

Plugs

Dr Elektrikal adalah sebuah perniagaan yang dibangunkan bukan hanya pada reputasi, tetapi juga untuk membina hubungan jangka panjang dengan pelanggan. Misi kami adalah untuk memberi manfaat kepada pelanggan sambil meningkatkan tahap kualiti dan kepuasan pada setiap urusan kerja. Kami bangga dengan kualiti kerja, kebolehpercayaan, dan kemudahan yang kami berikan. Untuk maklumat lebih lanjut, atau untuk permintaan sebut harga, sila hubungi kami atau boleh terus buat panggilan.

Juru Elektrik Gombak, KL & Selangor

Dr Elektrikal, adalah juruelektrik pendawaian elektrik yang pakar dalam pelbagai mesin, tapak pembinaan, pengagihan tenaga elektrik, dan juga pembaikan dan pemasangan peralatan elektrik moden. Kami boleh bekerja di rumah atau di premis perniagaan. Kerja-kerja elektrik melibatkan penukaran peralatan elektrik lama kepada yang baru untuk memanjangkan jangka hayat dan fungsi mereka. Kami juga menyediakan servis pemasangan komponen elektrik seperti suis, soket, palam, dan bahagian penting yang lain pada alatan elektrik.

Servis Perumahan

Pembaikan dan pengubahsuaian soket & suis, pendawaian tunggal & berbilang, pendawaian pangsapuri, pendawaian rumah, lampu trek dan pencahayaan lanskap.

Servis Komersial

Persekitaran kedai dengan tren pejabat terbuka, siling terbuka dan kerja konduit, reka bentuk pejabat tertutup tradisional, projek papan tanda, kios kecil ke kedai utama.

Servis Industri

Sistem pengagihan tenaga voltan rendah dan voltan tinggi, papan suis utama, papan tanda, dan perkhidmatan dari syarikat utiliti.

Lighting
Pemasangan Lampu

Pencahayaan dapat meningkatkan dan mengubah suasana dan rupa mana-mana bilik atau ruang. Ini memainkan peranan yang penting dalam memastikan perniagaan atau kediaman anda selesa dan berfungsi.

LED Bulb
Pemasangan Lampu LED

Memilih lampu LED mungkin memerlukan kos awal yang tinggi tetapi dalam jangka masa panjang ia lebih menjimatkan tenaga, penyelenggaraan, menjimatkan masa dan wang anda.

Ceiling Fan
Pemasangan Kipas

Kipas siling bukan hanya hanya mengedarkan udara. Selain menjimatkan tenaga, ia dapat memberikan keindahan yang berkekalan dan meningkatkan penampilan rumah anda.

Wiring
Naik Taraf Pendawaian

Ianya sangat penting untuk memastikan pendawaian rumah anda adalah terkini dan dipasang dengan betul. Cara terbaik untuk memastikan ia dikendalikan oleh kontraktor yang dipercayai memeriksa atau memasang pendawaian elektrik rumah anda.

socket-outlet
Naik Taraf Soket

Memasang soket baru dan menaik taraf soket sedia ada boleh menjadi satu penyelesaian yang baik. Ia adalah cara terbaik untuk mengemaskini soket di rumah anda dan membuang sambungan kabel yang tidak digunakan yang tidak lagi selamat untuk digunakan.

Electric Insurance
Naik Taraf Panel

Panel elektrik bertujuan menguruskan pengagihan elektrik untuk rumah anda. Panel elektrik mesti dikemaskini untuk meminimumkan risiko keselamatan, terutamanya kebakaran dan menyebabkan kerosakan yang tidak dapat dibaikpulih.

Kenapa Pilih Kami

Plugs

Keselamatan adalah sebahagian besar dari cara kami menjalankan perniagaan. Semua pekerja kami terlatih dengan baik, dan kami pastikan setiap perkerja kami sentiasa mengamalkan budaya keselamatan di tempat kerja. Tiada projek yang akan dijalankan tanpa mengambil langkah keselamatan yang betul.

Earthing
Selamat & Terjamin

Sistem elektrik rumah yang dikonfigurasi dan selenggara secara profesional.

set-finance
Harga Berpatutan

Jaminan harga rendah dan tanpa caj tersembunyi

Scroll to Top