Syarikat
![Plugs Plugs](https://drelektrikal.my/wp-content/uploads/elementor/thumbs/plug-free-img-qg18a3vzauukth0mtaqjc6meppcq0hvsrouut6mhsc.png)
Latar Belakang Syarikat
NGE Electric Sdn Bhd adalah sebuah syarikat bumiputera melayu sepenuhnya yang berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1965 yang mula beroperasi pada 2010. Mempunyai Visi dan Misi untuk menjadi pembekal dan penyedia perkhidmatan terbaik dan setanding dengan bangsa lain yang menguasai bidang ini. Kami Komited untuk membantu para penduduk berdekatan dalam menyediakan peluang pekerjaan dan seterusnya dapat membentuk satu peluang ekonomi kepada masyarikat sekitar.
Terletak di tengah-tengah kawasan gombak meliputi jajaran gombak setia hingga ke kawasan pedalaman Kampung Orang Asli Batu 12, ianya dilihat sangat stategik untuk para pelanggan dan pembekal kami. Ditubuhkan sejak 2010 dengan hanya seorang staff sahaja, syarikat kami berjaya untuk sekurang-kurangnya mengimbangi jurang antara syarikat kami dan syarikat lain yang memonopoli perniagaan elektrikal dan hardware seperti kami.
Syarikat kami turut menyediakan perkhidmatan pemasangan pendawaian elektrik yang kami berikan nama DR ELEKTRIKAL. Kami akan berusaha mengembangkan lagi perniagaan di seluruh Malaysia. Dengan berkat, kesungguhan dan kerjasama dari tuan/puan NGE Electric Sdn Bhd dapat merealisasikan Visi dan Misi syarikat.
Selain itu, kami juga percaya bahawa berniaga juga termasuk dalam ibadah. Perkara ini telah disebut dalam hadis Riwayat at-Tirmizi yang maksudnya:
“Peniaga-peniaga yang jujur dan amanah (akan ditempatkan) beserta para nabi, siddiqin dan shuhada.”
Pencapaian
![Award](https://drelektrikal.my/wp-content/uploads/2017/08/2016-award-free-img.png)
![Award](https://drelektrikal.my/wp-content/uploads/2017/08/2015-award-free-img.png)
![Award](https://drelektrikal.my/wp-content/uploads/2017/08/2014-award-free-img.png)
Pada tahun 2028, kami bakal mempunyai Wisma terbesar yang berada di kawasan Gombak. Selain itu kami juga dapat memberi peluang pekerjaan kepada orang ramai terutama anak-anak muda serta memberi manfaat kepada pekerja-pekerja kami.
Memperluaskan lagi cabang perniagaan yang dijalankan. Selain itu, syarikat juga mahu memantapkan lagi reputasi pencapaian dalam memberikan perkhidmatan dan pembekalan kepada pelanggan dengan lebih terjamin dan berkualiti.
Kami menyediakan para tenaga professional dan berkemahiran dalam melaksanakan tugas dengan lebih produktif. Kami akan terus berusaha melaksanakan tugas dengan lebih baik dan cekap disamping mampu meberikan keuntungan kepada syarikat.
Ada Sebarang Pertanyaan?
Jika ada sebarang pertanyaan boleh terus hubungi kami dan akami akan bantu anda menyelesaikan masalah berkaitan system elektrik di rumah atau di premis anda.
Kami Bekerjasama Dengan
![Client Logo](https://drelektrikal.my/wp-content/uploads/elementor/thumbs/client4-free-img-qg18a3w03su8z7cv9kkvwi7iqt5mhkhzqknp4r8e0c.png)
![Client Logo](https://drelektrikal.my/wp-content/uploads/elementor/thumbs/client5-free-img-qg18a3w03su8z7cv9kkvwi7iqt5mhkhzqknp4r8e0c.png)
![Client Logo](https://drelektrikal.my/wp-content/uploads/elementor/thumbs/client3-free-img-qg18a3w03su8z7cv9kkvwi7iqt5mhkhzqknp4r8e0c.png)
![Client Logo](https://drelektrikal.my/wp-content/uploads/elementor/thumbs/client1-free-img-qg18a3w03su8z7cv9kkvwi7iqt5mhkhzqknp4r8e0c.png)